
|
Bonjour ! ![]() Spread the love.Spread the dakwah. Show the world how great our religion is. ! Have a great time~ Navigations Memories
Credits
PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS Skin by Cikin Cute header byKemetot Chomel Blog owner: Insyirah Akhyar
| Tips hilang marah!
Friday, 5 July 2013 | 09:07 | 0 comments
Assalamualaikum!!Hello There!!
Sihat ke?Alhamdulilah~Jangan lpe untuk memuji Allah Keyh!...Ape?? Xsihat?? Alorhh sian ner dyer nieh..Sakit nie kan ujian dri Allah..tandanye..Allah sayang kat kite dan ingt kat kite..so,slalu laa Besyukur yer..Bnykkan doa n memuji Allah..Btol x??
Kali nie Aq nak share kat korang TIP HILANG MARAH!! Menarik x?? Boleh laa..Yelaa kita sbagai manusia nie ..mmg xkan terlps dri perasaan marah xtentu pasal nieh..lagi2 kalau org yg jenis panas baran nieh..ok laa kita cool2 jer ok!
1) Ubah posisi duduk.
Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW, “Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim) 2) Ambil wudhuk Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya. “Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud) 3) Meminum air. Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan. 4) Berdiam diri apabila marah. Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar. 5) Menyampaikan kemarahan secara positif. Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik- baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang. 6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam- dalam. Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada. 7) Keluar dari rumah. Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.
OK..dah bce?? mcm mne? boleh kan?? slamat mencube!bye
women zai jian!0 Comment(s) |