
|
Bonjour ! ![]() Spread the love.Spread the dakwah. Show the world how great our religion is. ! Have a great time~ Navigations Memories
Credits
PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS Skin by Cikin Cute header byKemetot Chomel Blog owner: Insyirah Akhyar
| 20 PERKARA TENTANG LELAKI YANG PEREMPUAN HARUS TAHU
Sunday, 7 April 2013 | 06:30 | 0 comments
Assalamualaikum....Hai there!!..have a nice day??? ..I hope so...YAWW!!...ermmm ari nie nak kongsi something yg x berapa menarik..tapi ..bace jerlah OK!! 20 PERKARA TENTANG LELAKI YANG PEREMPUAN HARUS TAHU!!... OK right!! disini aq tulis harus ok..x wajib pon ..tapi ade aq kisah ke yoop!!..haha ..
1. Sebenarnya lelaki tidak
mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati
melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan
kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona.
2. Lelaki sangat benci
dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah
makhluk yang lemah.
3. Ketika saat ini dia menyukai
anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya.
Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya.
4. Jika dia mengatakan “Ya,
memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda
berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami
satu sama lain.
5. Dalam sehari, dia akan sibuk
bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi
percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam
fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan
betapa cantiknya anda hari ini.
6. “Awak sedang buat apa?”
atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh
lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi,
tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.
7. Jika seorang lelaki
benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. Mereka mungkin akan
memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka
tulus mencintai anda.
8. Lelaki sangat tergila-gila
ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di
wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.
9. Lelaki akan melakukan apa saja
untuk menarik perhatian anda. Termasuk menceritakan kisahnya bekas kekasihnya,
walaupun kadang-kadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda.
10. Lelaki tidak suka jika anda
bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita
tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia
mendengar kisah bekas kekasih anda.
11. Jika lelaki ingin bertemu
dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.
12. Lelaki ingin selalu berkongsi
semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal
dengan baik. Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum
siap untuk bercerita kepada anda.
13. Sesekali, lelaki juga
menangis. Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga
memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis
seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya.
14. Jangan berusaha membuat
lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. Lelaki adalah makhluk simple,
mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang
memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. Inilah yang
membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya
menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif.
17. Saat anda membuat seorang
lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. Untuk
itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita.
18. Jangan pernah berkata
padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia
bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk
yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.
19. Lelaki tidak akan pernah
boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai
lembut kepalanya. Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih anda, maka
ia akan terus menerus merindukan anda.
20. Jika lelaki ragu-ragu dan
terlihat berfikir ketika anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan
sesuatu, ertinya mereka tidak mahu melakukannya. Kebanyakan lelaki akan
berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia
cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong.
OK..dah bce?? berpeluh2 aq menulis...yg membaca harap pon berpeluh lah..(merepek erk)
Ade bnyk sebenonyer tapi malas nak tulis..ok ape nieh..sekurang2nyer kte tahu jgak..kann~
keep smile always .. :)
wassalam..
0 Comment(s) |